Blog

Harimau Malaya tumbang di Bangkok

BANGKOK: Harimau Malaya terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-0 kepada Thailand dalam aksi Kumpulan A Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan apabila kedua-dua pasukan lebih berhati-hati dan mengatur strategi untuk memburu kemenangan.

Kesilapan penjaga gol, Haziq Nadzli, menjadi punca gol tunggal perlawanan selepas sepakannya dipintas oleh pemain Thailand sebelum Patrik Gustavsson mudah meledak gol buat Gajah Perang pada minit ke-57.

Skuad negara cuba bangkit dengan serangan bertubi-tubi, namun ketumpulan penyudah terus ...

Read More →

Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Pantai Kandis

BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas akibat ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Kandis di sini petang tadi.

Kehilangan kanak-kanak itu disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 6.40 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.49 petang sebelum 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ahli keluarga memaklumkan, mangsa dikatakan sedang bermain di tepi pantai sebelum kanak-kanak itu hilang.

Read More →

Young Tigress selangkah ke Piala Dunia Remaja

PETALING JAYA: Pasukan hoki remaja wanita negara hanya tinggal selangkah lagi untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki Remaja di Chile, tahun depan.

Anak buah Lailin Abu Hassan mencatat kemenangan besar 11-0 ke atas Hong Kong dalam aksi klasifikasi tempat kelima hingga lapan pada Piala Remaja Asia di Muscat, Oman, malam tadi.

Malaysia akan berdepan Thailand esok dalam perlawanan penentuan tempat kelima untuk merebut tiket ke Piala Dunia berkenaan selepas Thailand menewaskan Taiwan 2-1.

Gol Young Tigress dijaringkan oleh Azmyra Mia Sofea ...

Read More →

Penduduk gempar buaya muncul di kawasan padi

TUMPAT: Penduduk di Kampung Nechang di sini, gempar dengan kemunculan seekor buaya di kawasan sawah padi di kampung tersebut selepas banjir surut semalam.

Buaya yang dianggarkan sepanjang dua meter itu disedari timbul di kawasan sawah oleh seorang kakitangan awam, Mohd. Azam Jusoh kira-kira pukul 6 petang.

Mohd. Azam berkata, dia menerima maklumat berhubung penemuan seekor buaya menerusi aplikasi kumpulan WhataApp penduduk kampungnya.

“Saya dan sepupu sempat merakam video buaya tersebut yang dipercayai datang dari Sungai Pangkalan Nangka di sini. Kami percaya reptilia ...

Read More →

Masjid Al-Mursyid rintis projek wakaf solar

ARAU: Masjid Al-Mursyid di Guring, Pauh di sini berjaya merintis projek wakaf solar hasil sinergi dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Bank Rakyat.

Projek solar berkenaan bernilai RM110,000 dan Bank Rakyat turut menyumbangkan RM62,000 kepada MAIPs untuk tujuan projek tersebut.

Masjid tersebut menjadi model program tranformasi masjid kepada rumah ibadat hijau dengan kerjasama dan kepakaran pusat pengurusan tenaga dan kampus Lestari Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Inisiatif tersebut turut melibatkan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE) Unimap ...

Read More →

‘DinFei’ cemas sebelum mara

PETALING JAYA: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berdepan detik cemas sebelum mara ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, pasangan No. 7 dunia itu terpaksa bermandi peluh untuk menumpaskan gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 17-21, 21-16, 27-25 dalam tempoh 81 minit.

Nur Izzuddin berkata, beliau enggan mengalah sebaliknya,  berusaha mendapatkan mata pada saat ...

Read More →

Piala Malaysia: Terengganu selangkah ke separuh akhir

SEREMBAN: Terengganu FC membawa bekalan dua gol ke Gong Badak selepas menewaskan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 2-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia petang tadi.

Berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang mencipta jaringan.

Bagaimanapun, pelawat berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-19.

Ia menerusi jaringan ketua pasukan, Muhammad Safawi Rashid yang berjaya memperdayakan beberapa pertahanan sebelum merembat masuk bola menewaskan Muhamad Aqil Abdul Razak di gawang tuan rumah.

Negeri Sembilan mempunyai peluang ...

Read More →

#TabikWiraKita catat kejayaan, bantu rakyat pamer semangat patriotisme

KUALA LUMPUR: Kempen #TabikWiraKita anjuran Kementerian Pertahanan (MINDEF) berjaya menarik perhatian pengguna media sosial dengan mencabar kreativiti mereka dalam menunjukkan semangat patriotisme dan menghargai wira negara.

Kempen #TabikWiraKita berjaya menarik penyertaan pengguna dan meraih tontonan di media sosial lebih 6.6 juta orang hasil kolaborasi bersama 28 pempengaruh yang antaranya merupakan pelakon terkenal, Fattah Amin.

Kempen yang diadakan untuk meningkatkan semangat patriotisme itu menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang yang disampaikan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera, ...

Read More →

Laluan Gua Musang-Lojing ditutup kerana lubang benam

GUA MUSANG: Laluan di Kilometer 78,Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini ditutup kepada semua kenderaan selepas lubang benam  baharu dikesan di laluan itu pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, jalan ditutup kepada semua kenderaan daripada kedua-dua arah bermula hari ini sehingga arahan baharu dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, pengguna jalan raya dari Tanah Tinggi Lojing ke Gua Musang atau Gua Musang ke Cameron Highlands, Pahang atau Ipoh, ...

Read More →

Bas persiaran terbalik, lapan penumpang cedera

RANAU: Lapan penumpang mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang terbabas sendiri lalu terbalik di bahu jalan berhampiran Kampung Luanti Baru, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, lapan daripada 23 orang penumpang termasuk pembantu pemandu cedera dalam kemalangan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan bas persiaran itu kira-kira pukul 2.14 petang dan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak pada ...

Read More →
Page 253 of 1,606 «...230240250251252253254255...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X