JASIN: Detik cemas dialami dua beradik lelaki berusia enam dan empat tahun apabila mereka terkunci dalam sebuah kereta di Merlimau di sini, semalam ketika bapa mereka meninggalkan kenderaan untuk membeli juadah berbuka puasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, bapa mangsa yang berusia 34 tahun dikatakan meninggalkan kedua-dua anaknya dalam kereta Toyota Vios dengan enjin tidak dimatikan, manakala tingkap dibuka sedikit.
Namun, sebaik kembali ke kenderaan kira-kira 20 minit kemudian, dia mendapati pintu dan tingkap terkunci dan kedua-dua anaknya sedang ...