PETALING JAYA: Harimau Malaya diingatkan untuk tidak memandang rendah keupayaan Nepal menjelang pertemuan aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 pada 25 Mac depan.
Perkara itu diingatkan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim yang terkejut dengan keputusan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang tidak mengadakan sebarang aksi persahabatan menjelang perlawanan tersebut.
Jelasnya, adalah penting untuk pemain mempunyai sekurang-kurangnya satu perlawanan peringkat antarabangsa bersama selepas kali terakhir skuad ini bermain bersama pada 18 November lalu.
Pada kempen Piala ASEAN menyaksikan Harimau Malaya menurunkan ‘skuad ...