SISTEM Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bukan perkara baru dalam pengoperasian sistem kutipan tol, di peringkat global ia dikenali sebagai Electronic Toll Collection (ETC).
Menerusi sistem itu pengguna lebuhraya tidak perlu memberhentikan atau memperlahankan kenderaan untuk membayar tol menggunakan kad, malah plaza tol juga tidak diperlukan.
Pada tahun 1959 lagi sistem seumpama MLFF dicipta. Ketika itu menggunakan transponder. William Vickrey (Pemenang Anugerah Nobel Ekonomi dari Kanada) mencadangkan transponder di setiap kenderaan bagi mencatatkan laluan perjalanan dan kos yang perlu dibayar bila ...