Seorang pempengaruh dari China membelanjakan 10,000 Yuan (RM6,098) untuk menyewa satu robot seperti manusia untuk tujuan memasak, mengemas serta keluar dating dengannya.
Zhang Genyuan, 25, sebelum ini dikenali dan mendapat perhatian selepas muncul dalam satu rancangan realiti temu janji di China pada 2022.
Sejak itu, Zhang banyak berkongsi tentang pengembaraannya di media sosial tempatan dan kini mempunyai lebih 1.4 juta pengikut.