GUA MUSANG: Seorang pemandu dan penumpang terpaksa menahan kesakitan selama dua jam akibat tersepit selepas treler yang dinaiki bertembung sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.
Dalam kejadian sekitar pukul 10.20 pagi itu, pemandu treler berusia 23 tahun dan penumpang mengalami kecederaan pada tangan dan kaki sementara pemandu, 28, luka ringan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian treler berkenaan dari arah Gua Musang menghala ke ...