KANGAR: Seorang Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu pasangan suami isteri, pada 17 Mac 2021 lalu.
Tertuduh, Mohd Azizi Othman, 46, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sesyen, Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.
Mengikut pertuduhan, Mohd Azizi didakwa telah menipu Noor Atiqah Mohd Rohaimee@Mohd Abdul Halim, 26, dan Mohamad Shafiq Alias, 30, dengan cara memperdayakan pihak terlibat.
Tertuduh didakwa cuba memperdayakan mangsa bagi mempercayai bahawa dia ...