KLUANG: Tiga ibu yang berhadapan dengan komplikasi mengandung diterbangkan melalui penerbangan ihsan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya, selepas kediaman mereka terputus hubungan akibat laluan keluar ditenggelami banjir.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, ketiga-tiga pesakit yang diterbangkan hari ini melibatkan penduduk dari Kampung Orang Asli Sedohok, Pucur dan Sungai Peroh.
Katanya, penerbangan telah dikendalikan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM diketuai juruterbang, Asisten Komisioner Faizul Muhammad dibantu Inspektor ...