JOHOR BAHRU: Seorang ibu empat anak, Nor Ahmad, 44, hanya mampu pasrah selepas rumahnya musnah akibat banjir, mengakibatkan kehilangan pelbagai barangan rumah, kelengkapan katering, serta pakaian raya anak-anaknya.
Pengusaha katering itu berkata, dia tidak mampu membeli pakaian baharu untuk anak-anaknya kerana perlu mengutamakan keperluan lain yang lebih mendesak.
“Saya sudah belanja lebih RM1,000 untuk baju raya mereka. Kalau semuanya rosak atau hilang, saya hanya mampu pakaikan apa yang masih ada,” katanya ketika ditemui di pusat ...