Pelakon Adriana Adnan berkata dia sentiasa berhati-hati dalam soal pemakaian serta mempunyai syarat tertentu dalam pemilihan pakaian.
Memetik mStar Online, Adriana berkata dia berpegang pada nilai kesopanan serta menjaga sensitiviti dalam penampilan apatah lagi di Malaysia dan sebagai wanita Melayu.
“Saya biasanya akan memakai pakaian yang tidak terlalu terdedah. Saya lebih selesa pakai pakaian sopan dan tidak mencolok mata. Biasanya saya akan pesan pada penata gaya pilih baju yang tak nampak ketiak.
“Lagipun kita di Malaysia bukan di Hollywood. Jadi saya kena ...