KUALA LUMPUR: Kerap muncul di layar perak, pelakon, Ahirine Ahirudin akur apabila filem lakonannya dikatakan sukar mendapat sambutan yang memberangsangkan setiap kali ditayangkan.
Menurut Ahirine, penglibatannya dalam setiap naskhah sebelum ini memberikan pendedahan untuk dirinya mengembangkan bakatnya dalam industri perfileman tanah air.
“Penonton suka atau tidak bagi saya itu subjektif. Saya akan teliti skrip sebelum menerima tawaran. Saya mahu kembangkan bakat lakonan saya.
“Saya perlu terus mencuba jika saya mahu mendapatkan pengaruh itu. Jadi, saya terima apa saja cabaran yang datang,” katanya ...