ALOR SETAR: Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berasal dari Palestin disahkan terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, beberapa hari lalu.
UUM memaklumkan, Esam M. M. Elkahlout, 38, merupakan pelajar semester kelima Program Doktor Falsafah (PhD) jurusan Undang-Undang di universiti itu.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang UUM, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab berkata, pihaknya baru mendapat berita berkenaan hari ini dan sedang menunggu maklumat lanjut.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Dr. ...