PETALING JAYA: Malaysia menutup aksi pada Piala Dunia Sepak Takraw 2025 di Bihar, India dengan hanya membawa pulang tiga gangsa selepas pingat terakhir diraih menerusi regu wanita, hari ini.
Pada separuh akhir, regu wanita negara yang rata-rata dibarisi pemain muda tewas mudah kepada Thailand 4-15, 2-15 di Stadium Tertutup Patliputra.
Kekalahan itu melengkapkan penampilan pasukan negara di Bihar dengan tiga pingat gangsa menerusi kuadran wanita, regu wanita dan beregu lelaki.
Ini bermakna Malaysia gagal mengulangi pencapaian cemerlang pada edisi 2024 yang menyaksikan ...