Penyanyi yang terkenal dengan lagu hits Ku Intai Cinta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim memaklumkan bahawa dia terpaksa memadam komen-komen negatif dan berbaur kebodohan yang ditinggalkan netizen di media sosialnya kerana tidak mahu menarik perhatian orang bodoh.
Dia yang sebelum ini pernah dikritik dan dikecam kerana berpakaian seksi mengakui sering mendapat komen negatif sehinggakan terpaksa memadam setiap komen yang ditinggalkan mereka.
Advertisement

Kementerian Perladangan dan Komoditi sudah ditadbir sempurna sebelum ini – Johari
PUTRAJAYA: Menteri Peladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan kementerian yang diterajuinya kini sudah teratur dan ditadbir dengan sempurna.
Bagaimanapun, katanya, tugasnya kini adalah meneruskan segala perancangan yang diatur dalam kementerian tersebut.
“Mereka telah melakukan kerja yang baik sebab bila saya tengok di laman web kementerian, semuanya sangat menyeluruh.
“Jadi, saya cuma nak mengukuhkan hubungan dengan pemain-pemain industri dalam sektor perladangan dan komoditi,” katanya ketika ditemui selepas mengimbas kad perakam waktu di lobi KPK tengah hari tadi sebagai simbolik memulakan ...

JPJ tingkat operasi di Kuala Muda, hotspot kemalangan maut
KUBANG PASU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhebat operasi jalan raya di kawasan panas seluruh negara bagi mengekang kemalangan maut yang semakin meningkat sepanjang tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, statistik menunjukkan daerah Kuala Muda, dekat sini mencatatkan kemalangan maut tertinggi iaitu sebanyak 121 kes.
“Di tempat lain ada beberapa tempat dikenal pasti melalui statistik yang berlaku peningkatan tetapi di Kuala Muda tertinggi di Malaysia iaitu 121 kemalangan ...

Aiman Tino Setiap Hari Nasihat Isteri Ubah Penampilan Seksi
Tampil dengan imej seksi di media sosial, isteri kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Che Syarah Haifah ditegur oleh netizen agar tampil lebih sopan.
Memetik mStar Online, penyanyi berusia 25 tahun itu berkata dia terbuka dengan hati terbuka komen-komen yang diberikan oleh netizen.
BACA: Isteri Sedut Air Dari Mulut Aiman Tino, Netizen Kata Sweet Betul
Menurut Aiman lagi, dia sudah pun menjalankan tanggugjawab sebagai suami dengan memberi nasihat serta menegur isterinya setiap hari.
“Ada yang komen serta tegur saya terima dengan hati ...

“My Heart, Ibu Yang Bertanggungjawab” – Sering Luah Rasa Sayang, Datin Patimah Buat Video Penghargaan Untuk P
Sekali lagi isteri kepada pengarah serta pelakon hebat, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah mencuri perhatian selepas memuat naik video menantunya, Puteri Sarah di Instagram.
Dapat dilihat melalui hantaran video itu, Patimah memberikan penghargaan kepada aktres tersebut dengan berkata dia seorang ibu yang bertanggungjawab.
Advertisement
Ketabahan seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.
Read More →

Liza Hanim Akui Kemenangan Jaclyn Victor, Puas Hati Dengan Keputusan – “Jangan Sesekali Sangkal Kemenangan Dia..”
Susulan kemenangan penyanyi Jaclyn Victor di All Stars Gegar Vaganza (ASGV), masih ramai warganet yang mempersoal kemenangan penyanyi terkemuka itu. Ramai juga peminat yang tidak berpuas hati artis yang mereka sokong tidak berjaya dinobatkan sebagai pemenang.
Namun begitu, berdasarkan salah seorang finalis ASGV, Liza Hanim ini mengakui bahawa rakannya itu sememangnya terbukti berbakat dan hebat. Katanya, orang ramai tidak sepatutnya memprotes kemenangan Jaclyn.
Advertisement

2 set mesin karoke disita, miliki 12 lagu cetak rompak
GEORGE TOWN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyita dua set mesin karaoke yang mengandungi 12 lagu disyaki salinan langgaran dalam serbuan ke atas sebuah premis perniagaan di Jalan Magazine, di sini semalam.
Pengarahnya, S Jegan berkata, operasi kira-kira 3.45 petang itu dijalankan bersama dengan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).


Agih buku percuma bantu perkasa Bahasa Tamil di Pulau Pinang
BUTTERWORTH: Seramai 5,330 murid daripada 28 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri ini menerima manfaat daripada pengagihan 15,990 buku latihan oleh Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinang, hari ini.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Seri S. Sundarajoo berkata, pengagihan itu melibatkan buku-buku latihan untuk subjek Bahasa Tamil Pemahaman; Bahasa Tamil Penulisan serta Bahasa Tamil Tatabahasa.
Sundarajoo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri berkata, daripada keseluruhan 5,330 penerima itu pula, kira-kira 50.63 peratus atau seramai 2,699 daripadanya ...

Shuhada Tak Tahu, Malas Peduli Hafidz Roshdi Bakal Nikah Athira Yuhada
Sejak semalam hangat diperkatakan dakwaan pelakon kontroversi Hafidz Roshdi dilaporkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan, Athira Yuhada, pada 16 Disember ini.
Memetik Kosmo, bekas isteri kepada Hafidz iaitu Nurul Shuhada berkata dia tidak tahu serta malas ambil peduli apabila diminta mengulas mengenai rancangan pernikahan bekas suaminya itu.
BACA: Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Nikah 16 Disember?
Sementara itu, Shuhada berkata dia mengakui terkejut serta tidak menyedari tentang penularan kad jemputan berkenaan. Tambahnya lagi, dia gembira dengan kehidupannya kini.
“Saya tak ...

“Kalau Tak Heal, Boleh Pass On Next Generation” – 5 Kali Kahwin, 4 Kali Bercerai, Natasha Hudson Alami Penyakit Keturunan?
Melalui video yang memaparkan selebriti, Natasha Hudson, dia mengakui kehidupannya terkesan selepas melalui lima perkahwinan dan empat kali penceraian.
Dedah Natasha, generasi keluarganya sebelum ini turut melalui perkara sama yang dialami oleh aktres itu.
Advertisement
4 kali penceraian di usia yang muda dan 5 kali perkahwinan sememangnya memberi kesan dalam hidup saya in so many ways.
Read More →