JOHOR BAHRU: Hujan lebat kira-kira dua jam petang tadi menyebabkan 11 lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat.
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan, Skuad Kilat pihak berkuasa tempatan (PBT) telah digerakkan ke semua lokasi terjejas.
Lokasi terlibat ialah Jalan Rosmerah Utama, Jalan Setia 10, Jalan Mutiara Emas Utama, Jalan Mohd. Amin 7 dan Jalan Setia 11.
“Lokasi lain termasuk Jalan Dato’ Sulaiman, Jalan Harmonium 24, Jalan Datin Halimah, Jalan Skudai, Jalan ...