PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali menyalakan harapan untuk mara ke separuh akhir selepas mengejutkan pasangan No. 2 dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dalam aksi kedua Kumpulan A pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Gandingan No. 8 dunia itu buat kali pertama melakar kemenangan ke atas pasangan No. 2 dunia dari Jepun tersebut dalam pertarungan yang berlangsung sengit 12-21, 21-16, 21-16.
Kemenangan tersebut turut menyaksikan Tang Jie-Ee Wei merapatkan jurang rekod pertemuan ...