ISTANBUL: Seorang ahli politik pembangkang Turkiye yang mengalami serangan jantung dan rebah di Parlimen semasa ucapan mengutuk dasar kerajaan terhadap Israel dilaporkan meninggal dunia.
Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata, ahli Parti Felicity atau Islamist Saadet Partisi, Hasan Bitmez meninggal dunia di hospital Ankara semalam, dua hari selepas kejadian itu.
“Anda membenarkan kapal pergi ke Israel dan anda tanpa malu menyebutnya sebagai perdagangan. Anda adalah rakan sejenayah Israel,” kata Bitmez yang menyasarkan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) ...