PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) mengotakan janji untuk menutup kempen Liga Super musim ini dengan kemenangan apabila menundukkan PDRM FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Kemenangan itu juga memastikan dendam ke atas PDRM FC dilunaskan susulan kekalahan Selangor pada pusingan pertama liga 0-1 pada 3 Jun lalu.
Beraksi dihadapan penyokong sendiri, tidak memberi jalan mudah kepada skuad Red Giants untuk menjinakkan The Cops.
Sebaliknya, skuad kendalian Tan Cheng Hoe terpaksa menunggu sehingga minit ke-36 untuk merobek gawang PDRM ...