JOHOR BAHRU: Operasi pasar basah di KipMall Tampoi, di sini ‘terjejas’ apabila seramai 114 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di situ dicekup Jabatan Imigresen negeri ini.
Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 51 lelaki Myanmar, 34 lelaki dan lapan wanita Indonesia, 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Nepal dan tiga lelaki India berusia antara 19 hingga 58 tahun.
“Serbuan menerusi Ops Belanja dan Ops Selera itu dijalankan pada pukul ...