Blog

Kutip Bola Golf Dalam Tasik 3 Kali Seminggu, Pesara Tentera Laut Berjaya Raih RM8000 Sebulan

Baru-baru ini, seorang pesara tentera laut yang bernama Sumadi Ibrahim telah menarik perhatian ramai selepas dirinya menjana pendapatan lebih kurang RM8000 sebulan dengan hanya mencari bola golf yang tenggelam dalam tasik di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.

Kutip antara 500 hingga 600 biji bola golf seminggu

Difahamkan dari laporan Malay Mail, Sumadi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia selama 22 tahun dan setelah bersara, dia menggunakan kepakarannya untuk menyelam serta memungut bola golf yang tenggelam ...

Read More →

Bursa Malaysia cari CEO baharu

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Bhd. mengesahkan dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.

Menurut maklumannya di pasaran saham hari ini, Bursa Malaysia mempunyai rancangan pembangunan bakat dan pelan penggantian yang merangkumi calon dalaman dan luaran sebagai pemimpin masa depan syarikat.

“Sehubungan itu, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia melalui Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan kini sedang melaksanakan proses penggantian CEO.

“Pengumuman akan dibuat oleh syarikat apabila perkara ini ...

Read More →

Penumpang wanita dibakar sampai rentung dalam kereta api

NEW YORK: Polis New York menahan seorang lelaki yang disyaki membakar seorang wanita hingga maut ketika mangsa dipercayai sedang tidur di dalam sebuah kereta api bawah tanah di bandar raya ini, pada pagi Ahad.

Mangsa, yang identitinya belum dikenal pasti, sedang duduk tanpa bergerak di dalam kereta api F yang berhenti di Stesen Coney Island-Stillwell Avenue, Brooklyn, kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) apabila seorang lelaki tiba-tiba menghampirinya dan menggunakan pemetik api untuk membakar pakaian wanita itu.

Menurut kenyataan Jabatan Polis ...

Read More →

Man Bai Anggap Gegar Vaganza Program ‘Memalukan’, Ratu Rock Ella Bantah – “Ia Satu Pertandingan Yang Sihat”

Sebelum ini, penyanyi dan komposer Man Bai membuat kenyataan di mana dia merasakan format program hiburan nyanyian Gegar Vaganza sebagai sesuatu yang memalukan penyanyi.

Difahamkan, Man Bai pernah dijemput sebagai penyanyi jemputan program itu namun dia menolaknya kerana prinsip tersebut.

Ujarnya, dia tidak mahu memberikan sokongan terhadap program yang memiliki format pertandingan ...

Read More →

Hannah Yeoh gagal saman Musa Hassan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut yang juga Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh gagal dalam saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi dalam penghakiman ringkasnya menyatakan Hannah atau nama penuhnya, Yeoh Tseow Suan gagal membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat Musa dalam satu forum empat tahun lalu memfitnahnya.

“Walaupun forum awam mestilah (dijalankan) dengan seimbang demi menjaga reputasi, saya dapati dalam kes ini, plaintif gagal membuktikan bahawa kenyataan (dibuat Musa) adalah memfitnah, forum ...

Read More →

10 maut, pesawat kecil rempuh kedai di selatan Brazil

SAO PAULO: Sebuah pesawat kecil yang membawa 10 penumpang merempuh kedai di tengah bandar pelancongan Gramado di selatan Brazil, semalam. Gabenor Eduardo Leite dalam hantaran di X berkata, laporan awal menunjukkan semua penumpang pesawat itu terkorban. Menurut pejabat keselamatan awam negeri Rio Grande do Sul, sekurang-kurangnya 15 orang dibawa ke hospital, kebanyakan mengalami sesak nafas … Read More →

“Fitnah Macam-Macam, Melagakan Keluarga Kita…” – Puteri Sarah Dakwa Ada Pihak Cuba Porak-Perandakan Keluarga

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana“Nak melagakan satu keluarga pula.” mendakwa ada pihak yang cuba untuk merosakkan hubungan keluarganya.

Pelakon itu berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram Storynya.

Menurut Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pihak tersebut didakwa melemparkan fitnah yang dipercayai bertujuan untuk menjejaskan hubungannya bersama keluarga bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Mama, papa, rasanya ada manusia nak ...

Read More →

Akan Selesaikan Hutang Sebelum 1 Feb 2025, Kim Seri Akui Diri B*doh ‘Scam’ Orang – “Beri Saya Peluang Kedua..”

Semalam, pempengaruh Malaysia, Kim Seri yang kini menjadi bualan ramai isu menipu pelanggan tentang pakej trip ke Korea membuat siaran langsung di platform TikTok bagi perjelaskan isu yang sedang melanda ini.

Tampil perjelaskan isu scam pelanggan

Melalui live tersebut, Kim Seri memohon maaf kepada mangsa-mangsa yang hadapi kerugian akibat tertipu dengan pakejnya dan berjanji akan menyelesaikan hutang-hutang itu sebelum 1 Februari 2025.

Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut menyatakan bahawa punca-punca ...

Read More →

Steven Sim bantu tujuh beranak tinggal dalam kereta

BUKIT MERTAJAM : Kepayahan tujuh beranak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas diperdaya tuan rumah mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Beliau tampil membantu mereka selepas menerima aduan berhubung keadaan keluarga terbabit malah pantas menyediakan rumah sewa bagi membolehkan pasangan suami isteri itu tinggal dengan lebih selesa bersama lima anak mereka yang berusia antara dua bulan hingga sembilan tahun.

Menerusi perkongsian di Facebook, Steven memberitahu, pada mulanya, lelaki yang dikenali sebagai Hilmi itu merantau dari Kelantan ke ...

Read More →
Page 218 of 1,606 «...190200210216217218219220...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X