PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Zamri Vinoth direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan kes menghina agama dan menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran yang dimuat baik di Facebook.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd. Nor di Mahkamah Kangar kira-kira 9.30 pagi tadi.
“Suspek kini direman dua hari bermula hari ini sehingga esok. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 ...