BUTTERWORTH: Seramai 5,330 murid daripada 28 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri ini menerima manfaat daripada pengagihan 15,990 buku latihan oleh Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinang, hari ini.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Seri S. Sundarajoo berkata, pengagihan itu melibatkan buku-buku latihan untuk subjek Bahasa Tamil Pemahaman; Bahasa Tamil Penulisan serta Bahasa Tamil Tatabahasa.
Sundarajoo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri berkata, daripada keseluruhan 5,330 penerima itu pula, kira-kira 50.63 peratus atau seramai 2,699 daripadanya ...