LUMUT: Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui terapung dalam longkang besar di Jalan Pasir Panjang, Kampung Koh, Sitiawan, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, memberitahu mayat lelaki berusia 42 tahun itu ditemui orang ramai kira-kira pukul 5 petang.
“Ketika anggota tiba di lokasi kejadian, didapati mayat itu telah tersangkut di batang paip dalam longkang tersebut,” katanya di sini.
Menurutnya, polis terpaksa meminta bantuan pasukan bomba dan penyelamat bagi mengeluarkan mayat itu berikutan longkang tersebut ...