GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam kemusnahan yang berlaku di Hospital Kamal Adwan yang menyaksikan sekurang-kurangnya lapan pesakit meninggal dunia.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata antara mangsa yang meninggal dunia adalah kanak-kanak berusia sembilan tahun.
Kenyataannya itu dikeluarkan ketika tentera Israel keluar dari hospital selepas operasi selama beberapa hari kerana mendakwa bangunan hospital itu digunakan sebagai pusat kawalan dan arahan pejuang Hamas.
Bagaimanapun, Hamas berulang kali menafikan dakwaan berkenaan.
Dalam ciapannya di X, Tedros berkata pihaknya terkejut dengan kemusnahan yang berlaku ...