Penyanyi Datuk Aishah memberitahu dia tidak mahu lagi menyertai pertandingan realiti nyanyian kerana penat menerima kritikan daripada netizen serta bimbang boleh memberi kesan pada kesihatan mentalnya.
Memetik BH Online, Aishah berkata dia mahu fokus kepada ibadat dan memenuhi undangan nyanyian. Menurutnya lagi, dia kini mahukan ketenangan.
BACA: Aishah Salahkan Monitor Telinga, Punca Nyanyian ‘Hauk’
“Saya fikir tidak mahu masuk lagi (pertandingan realiti nyanyian). Saya mahu buat ibadat, macam orang cakap, sudah-sudahlah sebab sudah tua. Apa yang saya perasan daripada kecaman ...