SALVATIERRA: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam satu serangan di parti pra-Krismas yang diadakan di tengah bandar Mexico.
Menurut pihak berkuasa Guanajuato, insiden itu berlaku di bandar Salvatierra, di sebuah ladang yang disewakan untuk menganjurkan perayaan.
“Setakat ini, seramai 12 orang meninggal dunia,” jelas pejabat pendakwa raya negeri itu di aplikasi X.
Jelas pihak berkuasa, kira-kira 12 lagi mangsa yang mengalami kecederaan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Yayasan Tierra Negra memaklumkan mangsa terdiri daripada orang ...