SEREMBAN: Tiada sebarang perkembangan mengenai peruntukan buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) dari kerajaan Negeri Sembilan sehingga kini.
Ketua Pembangkang yang juga ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad berkata, beliau ada mengutus surat rasmi untuk kesemua lima orang ADUN pembangkang di negeri ini untuk bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 11 Oktober lalu.
Namun begitu jelas beliau, setakat ini tiada sebarang balasan di pihak Menteri Besar.
“Semasa ucapan dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan ...