PETALING JAYA: Seramai 1,108 guru baharu ditempatkan di Sarawak mulai 28 Disember ini.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memaklumkan, ia terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 422 guru ditempatkan di sekolah rendah manakala 686 guru di sekolah menengah.
“Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihaknya turut menghargai sokongan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) ...