Blog

Korea Selatan kini negara masyarakat super tua

SEOUL: Korea Selatan kini secara rasmi menjadi negara ‘masyarakat super tua’ apabila 20 peratus daripada populasinya berusia 65 tahun ke atas. 

Fenomena itu berpunca daripada kadar kelahiran yang amat rendah, sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan demografi negara itu.

Sebagai ekonomi keempat terbesar Asia, Korea Selatan mencatatkan kadar kelahiran hanya 0.7 anak bagi setiap wanita tahun lalu. 

Ia menjadi antara negara yang terendah di dunia dan jauh daripada kadar penggantian populasi sebanyak 2.1 yang ...

Read More →

Kecekalan warga emas 64 tahun menoreh getah

TAPAH: Seorang wanita warga emas, menoreh getah selama lebih 64 tahun untuk menampung kehidupan walaupun pendapatannya hanya sekitar RM150 hingga RM200 sebulan.

Painam Mat Karim, 76, yang tidak pernah berkahwin mengakui aspek cuaca sangat mempengaruhinya untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Katanya, dia menoreh di kawasan kebun seluas 0.6 hektar bersendirian yang hasilnya getah sekerap dijual kepada peraih sekitar daerah ini.

“Semua tahu harga getah sekerap hanya sekitar RM3 hingga RM4 sekilogram malah amat bergantung pada cuaca, jika hujan saya termenung ...

Read More →

Kawal selia bank dengan adil, bukan sekadar kaut untung

BAGAIMANAKAH Bank Negara (BNM) boleh menggelar dirinya bebas dan pengawal selia bank apabila ia sendiri menjadi rakan niaga dengan institusi kewangan yang sepatutnya dipantau. BNM adalah pemegang saham terbesar Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dengan pegangan 26,895, 534 saham iaitu bersamaan 35.5 peratus dalam syarikat yang ditubuhkan untuk mewujudkan dan menguruskan rangkaian bayaran kebangsaan … Read More →

Si Wei jadi pemangkin Tang Jie-Ee Wei

PETALING JAYA: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mendedahkan pengalaman menentang pasangan legenda dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong buat kali terakhir di Jelajah Dunia Akhir pada awal Disember ini menjadi dorongan untuk menjadi gandingan terbaik dunia.

Si Wei yang menghuni ranking No.1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada usia 27 tahun dan menjadikan Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China sebagai penampilan terakhirnya dalam sukan berkenaan.

Tang Jie berkata, perlawanan akhir itu memberikan pengajaran dari segi kelajuan ...

Read More →

Sabah idam slot final Piala Malaysia

PETALING JAYA: Sabah FC memasang impian untuk melangkah ke final Piala Malaysia selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Skuad Sang Badak ke separuh akhir selepas menumpaskan seteru ‘Borneo’, Kuching City FC 1-0 secara agregat di peringkat suku akhir, kelmarin.

Kelebihan menang 1-0 dalam perlawanan pertama memberi kelebihan buat anak-anak buah Martin Stano selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi timbal balik.

Dalam masa yang sama, Stano mengakui pemainnya berhak untuk berada dalam kelompok empat kelab terbaik kejohanan bola sepak tertua di Malaysia ...

Read More →

Thamaraj idam gelaran Asia

SEPANG: Pesilat negara, V. Thamaraj yang mengungguli Kejohanan Pencak Silat Dunia dalam kategori terbuka (atas 110kg) berazam untuk menambah koleksi pingat emas pada Kejohanan Asia, tahun hadapan.

Kejayaan merangkul gelaran dunia itu menjadi motivasi untuk petarung kelahiran Sungai Petani, Kedah itu mengalih fokus untuk memburu kilauan emas pada Kejohanan Asia yang akan berlangsung di Uzbekistan.

Menurutnya, selepas meraih dua pingat perak di Kejohanan Asia sebelum ini, beliau semakin optimis dalam menukarkan warna pingat pada pertandingan terbabit biarpun berdepan pesaing sengit dari ...

Read More →

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah pengurusan (AUM) kepada RM400 bilion menjelang 2027 dengan tumpuan meningkatkan simpanan dan pelaburan pelanggannya di bawah Pelan Strategik LEAP 6.

Pelan strategik tersebut tertumpu untuk meneruskan perjalanan transformasi PNB merentasi enam teras utama iaitu Jualan dan Pengedaran, Pelaburan, Transformasi PNB Co, Pengetahuan, Inovasi dan Kelestarian.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB akan meningkatkan usaha dalam celik kewangan dengan menyediakan program dan sumber pendidikan ...

Read More →

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi dalam lima tahun iaitu sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu berkata, jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 5.5 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.

Pembayaran dividen tahun ini adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit pada 2023, menjadikan jumlah dividen yang ...

Read More →

Kanak-kanak lelaki tujuh tahun lemas dalam tali air

PARIT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas dalam tali air di Parit 4 di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Ammar Razif Jamhari yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gajah itu dikatakan keluar bermain bersama rakan sebelum ditemukan lemas oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat penemuan mangsa kira-kira 30 meter dari tebing tali air itu dilaporkan kepada polis pada pukul 5.45 petang.

Katanya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Bota Kiri ...

Read More →

Wanita tipu 176 pembeli novel direman

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan reman seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan penipuan pembelian novel yang melibatkan kerugian berjumlah RM19,059 yang dialami oleh 176 mangsa.

Perintah reman selama dua hari yang bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Majistret Kota Bharu Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Sementara itu, Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata,
suspek telah ditahan pihaknya pada pukul 6 petang semalam selepas disyaki terlibat dalam terlibat dengan penipuan pembelian novel.

Katanya, tindakan ...

Read More →
Page 210 of 1,606 «...180190200208209210211212...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X