PETALING JAYA: Kehadiran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tampil sopan menggayakan skirt berona hijau menjadi salah satu detik paling mencuri tumpuan di Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti pada Ahad.
Ketika berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Krisdayanti menyapa sahabat baiknya, Siti yang sedang duduk bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.
Antara momen yang mencuit hati adalah apabila Krisdayanti spontan mengajak Siti menyanyi bersamanya di atas pentas sehinggakan beliau tidak sempat meletakkan beg. ...