Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah memuat naik satu Instagram story dan ia mengundang tanda tanya kerana dia seolah-olah tujukan status tersebut kepada seseorang.
Nonny seperti meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap seseorang itu yang seperti tidak henti-henti menganggu kehidupannya.
Aktres berusia 34 tahun itu juga akui kini sudah tidak lagi bertudung dan individu terbabit mengganggu hidupnya sejak dia mula berubah memakai hijab dahulu sehingga sekarang.
Aku berubah kerana Allah SWT, bertudung, solat, macam macam kau buat. Ujian mengalahkan ujian Tuhan. 3 tahun ...