IPOH: Perak dan AirAsia akan membentuk sebuah jawatankuasa bersama bagi melakukan kajian kebolehlaksanaan laluan baharu untuk Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
Cadangan tersebut timbul susulan langkah syarikat penerbangan kos murah itu menghentikan laluan Ipoh-Singapura yang diumumkan pada dua minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, jawatankuasa itu akan turut dianggotai oleh agensi atau pihak berkepentingan terhadap perkhidmatan pengangkutan udara.
“Ia melihat potensi untuk memperkenalkan laluan baharu. Contohnya beberapa bandar di timur Malaysia. ...