Blog

Aset rizab rasmi Malaysia AS$112.30 bilion pada November

Bank negara

PETALING JAYA: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.30 bilion pada akhir November, berdasarkan format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Dalam kenyataan Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir November 2023 hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, rizab mata wang asing berjumlah AS$3.9 juta. Bank pusat berkata, butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz,…

 

 

Sila Log Masuk ...

Read More →
blank

Ngeh Koo Ham tidak harus campur urusan berkaitan agama Islam

SEREMBAN: Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham seharusnya tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam sepertimana yang dicatatkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ini seperti yang difahami oleh Koo Ham sendiri bahawa Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan.

Justeru, Ahli Parlimen Jelebu itu berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Koo Ham agar kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

“Justifikasi beliau ...

Read More →
blank

3,000 kad TnG percuma bagi pendaftar awal PADU

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,000 keping kad Touch ‘n Go (TnG) versi teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) percuma ditawarkan bagi pendaftar terawal Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tawaran itu dibuka kepada orang awam bermula pelancaran PADU pada 2 Januari ini.

Beliau berkata, tawaran itu dibuat bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dan mengemaskini pada portal pangkalan data itu di www.padu.gov.my.

“Ia (tawaran kad TnG percuma) bagi menggalakkan orang ramai untuk mendaftar sempena minggu pertama pelancaran portal berkenaan. Buat masa ini, ...

Read More →
blank

Covid-19 tidak jejas kedatangan pelancong ke Perak

IPOH: Jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Perak 2024 dijangka tidak terjejas walaupun terdapat peningkatan kes penularan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, pengambilan vaksin dalam kalangan ramai termasuk pelancong luar negara mengurangkan kebimbangan mereka untuk datang ke Malaysia khususnya di Perak.

Malah katanya, pemantauan rapi yang diambil Kementerian Kesihatan (KKM) juga diyakini dapat mengawal penularan wabak berkenaan.

“Saya yakin mereka (pelancong) boleh buat kawalan kendiri dengan baik. Lagi pun masing-masing telah ...

Read More →
blank

Double R Business peruntuk RM50,000 bantu mangsa banjir di Pahang

KUANTAN: Sebanyak RM50,000 diperuntukkan syarikat swsta, Double R Business Sdn. Bhd. (DRB) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa terjejas banjir di negeri ini.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB, Datuk Mohd. Razif Abd. Razak berkata, bantuan itu bakal diserahkan kepada beberapa badan kebajikan terpilih di negeri ini untuk diagihkan kepada keluarga terlibat.

“Unit perniagaan DRB telah bersatu dengan badan kebajikan di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.

“Bantuan yang disalurkan berupa makanan, barangan keperluan ...

Read More →
blank

Syamer mahu rebut kesebelasan utama

PETALING JAYA: Pemain tengah Harimau Malaya, Mohamed Syamer Kutty Abba tidak akan mensia-siakan peluang mencari tempat dalam kesebelasan utama apabila dipanggil oleh jurulatih Kim Pan Gon menyertai kempen Harimau Malaya ke Piala Asia Januari depan.

Syamer berkata, dia termasuk dalam senarai tujuh pemain tengah yang akan memikul cabaran di Qatar walaupun menyedari terpaksa bersaing untuk mencari tempat dalam kesebelasan.

“Saya bersyukur kerana sudah lama saya menunggu panggilan ke skuad negara dan tahun ...

Read More →
blank

Khuzaimi yakin pertahanan Harimau Malaya kukuh 

PETALING JAYA: Pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee percaya skuad Harimau Malaya mampu melakar kejutan dalam Piala Asia 2023 di Qatar, Januari ini berdasarkan kepada prestasi pasukan yang semakin menunjukkan kemajuan.

Ahmad Khuzaimi berkata, apa yang penting ketika ini ialah semua pemain berusaha memperbaiki segala kesilapan dan tidak akan mengulanginya di atas padang.

“Apa yang saya lihat ialah banyak kemajuan yang diberi para pemain. Saya berharap untuk (Piala) Asia nanti, kami semua akan ...

Read More →
Page 2,087 of 2,185 «...2,0602,0702,0802,0852,0862,0872,0882,089...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X