PETALING JAYA: Polis menahan seorang lagi lelaki dipercayai terlibat kes pecah rumah di Ampang Jaya dekat sini semalam.
Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di Jalan Prima Setapak dekat sini kira-kira puku 6.30 petang selepas rakan sejenayahnya ditahan pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, polis menerima laporan berkaitan sebuah rumah dipecah masuk di Taman Kosas, ...