MELAKA: Penubuhan Paramedik Komuniti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lokasi-lokasi pelancongan terpilih sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 akan mengurangkan beban petugas kesihatan di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pasukan itu bertujuan memberikan bantuan kecemasan awal kepada pelancong dan pengunjung yang ditimpa sakit sebelum dihantar ke klinik atau pusat perubatan berhampiran.
“Saya percaya pelantikan kumpulan awal seramai 30 orang sukarelawan Paramedik Komuniti dalam kalangan penduduk setempat di lokasi pelancongan dapat membantu mengurangkan beban petugas ...