PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan polis petang tadi di kediamannya sebaik pulang dari Osaka, Jepun dipercayai memperdaya orang ramai membabitkan wang berjumlah RM10 juta yang kononnya bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram.
Menurut sumber, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sebaik tiba di kediamannya di Jalan U Thant dekat sini petang tadi.
“Suspek setakat ini sudah mengambil duit daripada mangsa kira-kira RM10 ...