Perkongsian selebriti popular, Marion Caunter memuat naik gambar menyambut perayaan Hari Natal di Instagram mengundang rasa kurang senang netizen.
Seperti sudah dijangka, ada yang memberi komen sindiran serta kritikan terhadap selebriti itu kerana memuat naik gambar seolah meraikan perayaan yang disambut oleh penganut agama Kristian.
Menerusi beberapa gambar dikongsikan, Marion bersama suami dan anak-anak bergambar mengenakan pakaian rona hitam dan merah berlatar belakangkan pokok krismas.
Diruangan komen, ada segelintir netizen bertanyakan mengenai agama sebenar selebriti itu serta memberikan nasihat bahawa perayaan tersebut ...