SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori yang membawa muatan pasir dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Pajam-Nilai-Salak berdekatan Taman Semarak, Nilai awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kejadian kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori jenis Nissan Diesel.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ...