Penyanyi Datin Alyah memaklumkan suaminya maestro muzik terkelan, Datuk Ramli MS diserang vertigo ketika dalam perjalanan ke Singapura.
Menerusi perkongsian di Instagram, Alyah berkata Tok Ram mengadu kepala berpusing dan terus ke hospital sebaik saja memasuki Singapura.
BACA: “Yang Suruh Batalkan Konsert, Orang Yang Tak Beli Tiket” – Tok Ram
Read More →

Modal RM50, dapat lembu berharga RM3,700
BATU PAHAT: Hanya bermodalkan RM50 untuk menyertai Pertandingan Rentap Ikan Puyu, seorang pemancing tidak menyangka dapat membawa pulang seekor lembu berharga RM3,700.
Dengan hanya menaikkan seekor ikan puyu seberat 131 gram dan meletakkannya pada carta ke 20 daripada keseluruhan 50 berat timbangan seekor ikan telah memberikannya rezeki yang lumayan ini.
Tumin Sumiran, 53, berkata, tidak menyangka umpan telor kerengga yang digunakan untuk menyertai pertandingan ini membawa tuah kepadanya.
Katanya, lembu jantan yang dimenangi ini akan ...

4 maut termasuk kanak-kanak dalam kebakaran kereta api di Bangladesh
DHAKA: Sekurang-kurangnya empat orang termasuk dua kanak-kanak maut dan lapan lagi cedera dalam insiden kebakaran kereta api menjelang pilihan raya umum yang diboikot parti pembangkang utama di Bangladesh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam apabila empat gerabak api Ekspres Benapole dalam perjalanan ke Dhaka, dibakar oleh penunjuk perasaan.
Pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) melakukan boikot buat kali kedua dalam tiga pilihan raya.
BNP menyifatkan pungutan suara sebagai muslihat Liga Awami pimpinan ...

“Kau Memang Puk**ak Betina, Perangai Tak Pernah Berubah”
Perkongsian pelakon Nabila Huda di aplikasi X menjadi perhatian ramai apabila seolah meluahkan rasa marah terhadap seorang wanita yang sentiasa memporak-perandankan keadaan….
The post “Kau Memang Puk**ak Betina, Perangai Tak Pernah Berubah” appeared first on ROTIKAYA.
Read More →
Sekolah menengah tidak dijadikan PPS, beri laluan SPM, STPM
JOHOR BAHRU : Tiada sekolah menengah di negeri ini khususnya di empat daerah terjejas banjir dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan Dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh berkata, ini kerana sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat
peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Katanya, setakat ini, hanya sembilan sekolah rendah sahaja termasuk satu sekolah rendah agama di Kota Tinggi yang dijadikan PPS.
“Setakat ...

Lima termasuk remaja 14 tahun ditahan merusuh di padang bola
SUNGAI BULOH: Lima individu termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak di sebuah padang di Persiaran Gamuda Garden 1, Bandar Gamuda, di sini, semalam.
Kejadian pukul 10.40 malam itu dipercayai berlaku kerana perselisihan faham antara pemain pasukan bola sepak terlibat.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang remaja lelaki tempatan, semalam.
Katanya, mangsa yang ...

LKM fokus pemulihan kebun koko di Sabah
KOTA KINABALU: Ke arah mengurangkan kebergantungan terhadap import biji koko kering, Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan melaksanakan Projek Pemulihan Kebun Koko yang membabitkan kawasan seluas 1,344 hektar di Sabah pada tahun ini.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, Sabah menerima peruntukan RM5 juta bagi projek pemulihan yang akan membabitkan 2,084 orang petani.
Beliau berkata, projek itu akan meningkatkan hasil koko melalui insentif input pertanian serta menerapkan aplikasi teknologi terkini dalam ...

Sultan Johor tidak terima permohonan mengadap sehingga 31 Jan
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda tidak akan menerima apa-apa permohonan mengadap bermula hari ini sehingga 31 Januari depan.
Titah baginda, pemakluman sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor serta kepemimpinan kerajaan negeri.
“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap.
“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan ...

Gelombang keempat MTL, penduduk Selatan diminta berjaga
CAMERON HIGHLANDS: Penduduk di Selatan tanah air diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan agensi kerajaan lain bagi menghadapi luluran gelombang keempat Monsun Timur Laut (MTL).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, susulan kejadian banjir yang kembali melanda Johor kini, beliau melihat kerjasama antara kesemua agensi bagi menghadapi MTL dilihat bertambah baik berdasarkan pengalaman sebelum ini.
Katanya, kerajaan negeri dan seluruh agensi terlibat juga sudah memobilisasikan aset dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
“Luluran ...

Kerajaan belanja lebih RM50 juta baiki jalan rosak
JELI : Kerajaan membelanjakan lebih RM50 juta bagi kerja-kerja pembaikan jalan runtuh dan rosak di beberapa buah negeri yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan segera itu melibatkan beberapa jalan yang mengalami kerosakan seperti cerun runtuh, runtuhan jalan dan jalan berlubang.
Menurutnya, kesemua kerja-kerja pembaikan itu akan dilaksanakan segera dan dijangka siap pada April ini atau sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Semua kerja ...