Jusuh tidak senang duduk. Punggungnya bagai disalai waima tidak sampai lima minit dilabuhkan di pangkin batu yang telah digenangi air separas betis.
Dia cuba berdiri di daratan agak berbukit yang masih belum dijengah air. Namun lututnya yang menggigil memaksanya duduk kembali. Hanya itulah bentala yang masih belum dijamah banjir. Tanah sedikit tinggi seperti busut yang dikelilingi pepohon kecil dibuat pedoman menyaksikan air yang semakin mengganas.
Jusuh termenung seketika. Tidak sangka dia terjebak dalam peristiwa tragis ini. Awalnya, perkhemahan yang ...
