Tular sebelum ini mengenai kisah seorang guru yang tergamak mengutuk anak muridnya yang menghidap autisme di group WhatsApp cikgu di sebuah sekolah yang terletak di Sabah.
Difahamkan, anaknya yang merupakan anak OKU (Autistik) dikutuk seorang wanita yang dipercayai guru kelasnya bersama guru guru lain.
Yang lebih menyedihkan adalah apabila guru itu rupanya tersilap menghantar mesej di group ibu bapa dan guru yang dikawal selia olehnya dan segera memadam mesej tersebut.