BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diingatkan supaya menyiapkan kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan utama sebesar 1,200 milimeter (mm) di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di sini, dalam tempoh 24 jam seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, itu antara tiga senarai tugas utama yang perlu didahulukan oleh agensi terbabit bagi memastikan gangguan bekalan air yang dijadualkan bermula esok berjalan lancar.
“Kita juga mahu sasaran bekalan air kembali disalurkan mengikut empat peringkat seperti yang ...