BENTONG: Seorang pemandu lori berusia 52 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang meragut tiga nyawa di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuantan semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pemandu itu ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong petang semalam dan kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai empat rekod saman lampau namun ujian saringan air kencing menunjukkan keputusan ...