LARUT: Pelaku kes seekor anjing mati dipercayai akibat dipanah di sebuah ladang di Selama telah pun didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Isnin lalu.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, lelaki berusia 44 tahun itu diberkas polis pada pukul 4.30 petang Ahad lalu, selepas menerima laporan kejadian itu pada pukul 2.14 pagi, hari sama.
Katanya, dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas satu busur panah dan lima batang anak panah daripada suspek.
“Suspek telah dituduh di Mahkamah Majiatret Taiping pada ...