Penyampai radio Tyzo Xander berkata dia masih mahu menghiburkan pendengar namun ini bukan kehendaknya dan terpaksa meninggalkan Suria FM tanpa kerelaan hati.
Memetik Harian Metro, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain berkata apa yang berlaku adalah keputusan pihak pengurusan dengan alasan untuk pembaharuan 2024.
BACA: Bell Ngasri Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 35
Read More →

Letupan gas di lombong China, 10 maut
BEIJING: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan enam lagi hilang dalam kejadian letupan gas di sebuah lombong arang batu di wilayah Henan, China.
Media tempatan CCTV melaporkan kejadian itu berlaku sekitar pukul 2:55 petang (waktu tempatan) di Pingdingshan, semalam.
Menurut CCTV, operasi mencari dan menyelamat masih sedang dilaksanakan.
Agensi berita Xinhua pula melaporkan seramai 425 pekerja sedang bekerja di terowong bawah tanah itu ketika letupan itu berlaku.
Jelas laporan, individu yang berkaitan dengan lombong itu ditahan oleh pihak ...

Kanak-kanak teruja mandi-manda di ‘air terjun’ semula jadi
PONTIAN: Kira-kira 500 pengunjung tidak melepaskan peluang merasai fenomena air pasang besar yang melimpahi Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP), Serkat, di sini.
Jika sebelum ini fenomena tersebut berlaku setiap hujung tahun, namun kali ini pada Januari dengan ketinggian paras air laut 3.6 meter.
Fenomena air pasang besar bermula pukul 11 pagi tadi menyaksikan ramai kanak-kanak teruja dan gembira kerana dapat bermain di ‘air terjun’ semula jadi di anak tangga menuju taman ...

Enam ahli sindiket kereta mewah elak duti RM33 juta didakwa Isnin ini
PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa enam ahli sindiket yang terlibat dalam pengurangan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga lebih RM33 juta pada 15 dan 16 Januari ini.
Kesemua suspek yang merupakan pengusaha dan ‘runner’ perkhidmatan gudang sita penyimpanan kereta mewah di Pulau Langkawi dan pernah ditahan SPRM menerusi satu operasi khas satu‘Op Eagle’ pada Julai 2023.
Keenam-enam suspek akan menghadapi lebih 21 pertuduhan di ...

Zon Bebas Kenderaan 21 jam sempena Tahun Baharu Cina
MELAKA: Tempoh pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini dipendekkan dari 54 jam kepada 21 jam mulai minggu depan hingga hujung Februari.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada masyarakat Cina menyambut Tahun Baharu Cina yang dijadualkan pada 10 dan 11 Februari depan.
“Saya mengambil pendekatan bagi meraikan kawan-kawan kita menyambut Tahun Baharu Cina, kawasan ini tidak lagi kita tutup selama 54 jam tetapi kita balik kepada perancangan asal dari ...

Macam pesta nak tengok buaya dalam tali air
BATU PAHAT: Penduduk di Parit Londang di Batu Pahat terkejut selepas mendapati dua ekor anak buaya ditemui di dalam tali air berdekatan kediaman penduduk di situ.
Penemuan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Roslin di Rizab 1 benteng Parit Londang menggemparkan penduduk sehingga menjadikan kawasan itu seperti pesta, malam tadi.
Menurut Roslin, dianggarkan dua ekor anak buaya ada di dalam tali air dan ini adalah kali pertama ditemui serta dilihat agak ganas dan ...

Ali Karimi selesa berlakon separuh masa, tumpu kerjaya di hospital swasta
KUALA LUMPUR: Bintang Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Ali Karimi memaklumkan tidak merancang untuk menjadi pelakon sepenuh masa ekoran komitmennya sebagai kakitangan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Kata Ali, buat masa ini dia selesa bergelar pelakon sambilan yang hanya mempertimbangkan tawaran (lakonan) bergantung kepada kelapangan dan kesesuaian watak.
“Sebenarnya ada beberapa tawaran yang terpaksa saya tolak disebabkan percanggahan masa dengan jadual kerja hakiki saya.
“Ada juga tawaran yang say tolak disebabkan komitmen penuh saya kepada filem Pendekar Awang.
“Saya memang tidak ...

Suspek kes khianat bukan individu dikenali Ngeh Koo Ham
IPOH: Lelaki yang ditangkap bagi membantu siasatan kes kebakaran di garaj kediaman Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar Rabu lalu, bukan individu yang dikenali oleh Ahli Parlimen Beruas itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia lingkungan 30-an itu juga bukanlah individu terdekat dengan Koo Ham atau pernah bekerja dengannya.
“Berdasarkan siasatan, lelaki berkenaan bekerja di platform e-dagang dan dia bukan berasal dari Perak.
“Setakat ini, kita masih menjalankan ...

Bukan Setakat Goreng-Goreng, Menu ‘Western’ Pun Ada! Kantin Sekolah Tawar Menu Macam Kafe Jadi Tumpuan
Umum mengetahui kepentingan pola pemakanan yang disediakan pihak kantin sekolah buat para pelajar.
Makanan yang sihat, melahirkan pelajar yang cerdas. Seperti satu hantaran yang tular ini, pengurusan kantin sebuah sekolah telah menuai banyak pujian warga maya dek kerana menu-menu makanan yang disediakan untuk pelajar dan guru.
Kantin sekolah ala-ala ‘kafe’
Terlihat menyelerakan dan mempunyai varian yang banyak, menu yang disediakan pihak kantin sekolah tersebut agak ‘berbeza’, seakan-akan di kafe.
WOW! Not bad makanan kantin sekolah ni!
Siap ada ...

“Kau Aniaya Tyzo Dari Awal, Jahat Sangat, Nak Masuk ABPBH Tahun Depan Tak Ada Pesaing” – DJ Anne Selangor FM
Susulan daripada penamatan kontrak penyampai radio Suria FM, Tyzo oleh pengurus besar syarikat radio tersebut iaitu DJ Lin, muncul pula beberapa kenyataan daripada penyampai radio stesen lain berkenaan isu tersebut.
Berikutan pendedahan itu, netizen seolah-olah dapat menghidu siapakah dalang di sebalik pemecatan Tyzo itu.
Terbaru, DJ Anne daripada stesen radio Selangor FM ada mendakwa seseorang yang sememangnya dikenali ramai menjadi punca dan telah menganiaya Tyzo sehingga perkhidmatannya diberhentikan serta merta.
Dakwa DJ Anne lagi, Tyzo telah ‘seminggu kesakitan’ dan ...