LUMUT: Polis mengeluarkan 113 saman terhadap 147 individu atas pelbagai kesalahan trafik yang melibatkan kumpulan remaja dalam Operasi Samseng Jalanan sepanjang Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE,), bermula tengah malam tadi sehingga awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, dalam operasi kira-kira enam jam itu, sebanyak 136 buah motosikal telah diperiksa dan 11 buah motosikal telah ditahan dan disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.
“Kesalahan paling banyak dikesan ialah tiada lesen memandu serta mengubah ...