NIBONG TEBAL: Sepasang suami isteri mampu menikmati gaya hidup mewah apabila meraih pendapatan hingga mencecah RM15,000 seminggu dengan hanya menjual pelbagai produk tiruan berjenama terkenal melalui ‘live’ atau siaran langsung menerusi laman sosial.
Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar selepas sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyerbu sebuah kediaman elit di Simpang Ampat di sini, hari ini.
Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, serbuan itu dibuat hasil intipan selama seminggu susulan aduan yang diterima ...