Sejak ketiadaan penyampai radio Tyzo Xander di Suria FM, rakan sekerjanya DJ Shiera menyatakan rasa kecewa dengan kehilangan rakannya itu.
Bagai sayap patah sebelah
Menurut Shiera, dia menyifatkan ketiadaan rakannya itu bagaikan patah sebelah sayap memandangkan dia sudah terbiasa bekerja dengan Tyzo sejak 2019 lalu. Dirinya turut terkenang sikap baik dan prihatin temannya itu semasa mereka bersama-sama bertugas.
Saya bagaikan patah sebelah sayap, tapi apakan daya. Bekerja dengan Tyzo sangat senang sebab dia seorang yang bijak. Ada sahaja idea, semuanya spontan dan ...