TANGKAK: Seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika mandi bersama dua rakannya di kawasan Kolam Air Terjun Asahan, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Talib berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.59 petang apabila Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menerima panggilan telefon daripada seorang wanita memaklumkan kejadian tersebut.
“Mangsa bersama dua rakannya sedang mandi di kawasan air terjun sebelum tiba-tiba berlaku kejadian kepala air menyebabkan seorang daripada mereka dihanyutkan arus deras.
“Bagaimanapun, dua rakan ...