GEORGE TOWN: Tanda tanya berkenaan identiti lelaki yang nekad terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang untuk menyelamatkan dua individu yang terjatuh semalam akhirnya terjawab apabila lelaki terbabit ialah seorang anggota tentera iaitu Koperal Mazlan Abdul Rahman.
Perkara itu disahkan Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini yang turut memaklumkan sikap berani dan pantas yang ditunjukkan oleh Koperal Mazlan terbabit wajar dijadikan contoh oleh seluruh warga TDM.
Mengulas kejadian itu, TDM berkata, Koperal Mazlan dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 ...